Saturday, 21 September 2013

4.0 KESIMPULAN

4.0 KESIMPULAN

Sejarah Matematik bermula dari Babylon dan berkembang sehingga abad ke-21. Sejarah Matematik boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk panduan masa kini dan masa hadapan. Pembelajaran Matematik amat memainkan peranan penting dalam meningkatkan individu yang logik-matematik. Dengan mempelajari sejarah Matematik, generasi kita dapat mengetahui tentang perkembangan sejarah Matematik dan asal-usul kewujudan Matematik.
Selain itu, ahli-ahli Matematik Pythagoras, Euclid, Liu Hui  juga turut mengorbankan jiwa dan raga mereka dalam mengembangkan Matematik untuk kegunaan generasi akan datang. Ahli-ahli menyumbang idea mereka dalam pembangunan Matematik.
Tambahan pula, sistem pengangkaan purba seperti sistem pengangkaan Mesir, Babylon, Mayan, Roman dan Hindu-Arab.memainkan peranan penting dalam kewujudan nombor atau simbol yang digunakan dalam Matematik. Angka Mesir purba ialah sejenis sistem angka yang telah digunakan di Mesir purba sehingga awal alaf pertama masihi. Jadi, sistem pengangkaan memainkan peranan yang penting dalam sejarah Matematik.
Akhir sekali, sejarah Matematik telah berkembang  mengikut zaman. Kita dapat mengetahui tentang pembangunan matematik Eropah tetapi juga idea yang disumbangkan oleh tamadun China, India dan Arab dalam perkembangan sejarah Matematik.





No comments:

Post a Comment