Friday, 20 September 2013

1.0 PENGENALAN

1.0       PENGENALAN
Matematik dapat didefinisikan sebagai pengkajian tentang corak atau pola dan  perhubungan dan perkaitan. Selain itu, Matematik juga adalah suatu bahasa dan kajian seni serta ia berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri dan kalkulus.
Matematik telah dinamakan sebagai ‘permaisuri bagi sains’ oleh Gauss (1777-1855), seorang ahli matematik yang terkenal pada zaman dahulu. Ramai orang menganggap Matematik adalah suatu subjek yang dikaitkan dengan nombor dan pengiraan sahaja. Sebenarnya, Matematik mengandungi makna yang lebih dalam dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita.
Matematik juga merupakan satu alat rekreasi dalam kehidupan harian kita. Matematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik, tetapi juga oleh semua orang. Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian. Ini meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan seperti pertukaran wang, membaca carta, mengira diskaun, mengukur jarak, masa dan sebagainya. Kita juga mengaplikasikan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak. Sewajarnyalah, kita menghargai ilmu, kemahiran dan konsep yang telah kita pelajari di sekolah dahulu.
Di samping itu, Matematik juga memainkan peranan yang amat terhingga dalan kehidupan kita. Kehidupan kita berkait rapat dengan matematik. Segala aktiviti yang kita lakukan seperti pergi bercuti, membeli makanan, merancang kerja-kerja seharian dan sebagainya memerlukan kemahiran matematik asas. Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik.
Pengetahuan dalam matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, kita tidak akan berupaya menyelaras perbelanjaan atau kewangan kita secara sistematik tanpa pengetahuan matematik..
Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam menangani soalan berbentuk Penyelesaian Masalah. Seseorang yang telah diberi latihan yang mantap dalam matematik, mampu melaksanakan kerja-kerja yang kompleks dengan berkesan.
Sejarah membuktikan bahawa ahli matematik telah berjaya membaca dan menyelesaikan kerumitan dalam kod rahsia semasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, matematik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). Sebagai contoh, penciptaan sistem nombor binari menyumbang kepada prosedur pengiraan dalam komputer. Kemajuan dalam matematik juga memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dalam sains.

Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam mempastikan tercapainya Wawasan 2020. Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 iaitu “the building of a progressive scientific society with creative and far-sighted abilities”, telah memberi impak yang besar, bukan sahaja kepada perkembangan silibus matematik yang baru, tetapi juga terhadap peranan guru-guru matematik pada masa hadapan. (Mok, 2005).

No comments:

Post a Comment