2.2
Sejarah Ahli Matematik
Terdapat
ramai ahli matematik di seluruh dunia yang menyumbang kepada perkembangan matematik.
Berikut merupakan nama-nama besar dalam dunia matematik :
1.
Pythagoras ( 569 BC – 475 BC
Pythagoras hidup dalam zaman 500's BC,
dan merupakan salah seorang daripada ahli fikir Greek. Beliau menghabiskan
sebahagian besar masanya di Sicily dan selatan Itali. Pengikut-pengikut setia
beliau bergelar ‘Brotherhood of Pythagoreans’, terdiri daripada lelaki dan
perempuan dan mereka menumpukan sepenuh masa mengkaji matematik. Mereka sentiasa
bersama Pythagoras dan mengajar orang lain tentang apa yang telah Pythagoras ajarkan
kepada mereka. Mereka terkenal dengan kehidupan yang sejati / tulin, di mana mereka
tidak makan kacang kerana pada fikiran mereka, kacang bukan benda yang sepenuhnya
tulin. Mereka berambut panjang, berbaju biasa sahaja dan berkaki ayam.
Pythagoreans berminat dalam falsafah
terutama falsafah dalam muzik dan matematik. Menurut mereka, muzik mengeluarkan
bunyi yang mempunyai makna dan matematik pula mempunyai cara atau peraturan
bagaimana sesuatu perkara berlaku. Pythagoras sendiri dikenali sebagai orang
yang berjaya membuktikan bahawa Teorem Pythagoras adalah benar. Pythagoreans
menulis banyak bukti berbentuk geometri, tetapi agak sukar untuk menentukan
siapa membuktikan apa, disebabkan kumpulan ini ingin merahsiakan semua penemuan.
Mereka menemui nombor bukan nisbah (irrational numbers).
2. Euclid ( 325 BC – 265 BC )
Sehingga ke hari ini, tiada seorang
pun yang mengetahui dengan mendalam tentang sejarah hidup Euclid. Kita hanya
mengetahui bahawa beliau bekerja di bandar Alexandria, Mesir untuk beberapa
ketika. Tiada didapati gambar beliau di mana-mana. Ada yang berpendapat kewujudan
beliau diragui. Kemungkinan nama Euclid diada-adakan sahaja.
Walaubagaimana pun, Euclid (atau
mereka yang menggelarkan diri mereka Euclid) hidup dalam masa 300 BC. Beliau (
atau mereka ) belajar di Akademi Plato di Athens, di mana dia banyak belajar
tentang matematik dan seterusnya terkandung dalam buku beliau. Beliau juga
mungkin berjumpa Aristotle di sana. Sepertimana Anaxagoras sebelum beliau,
Euclid mahu membuktikan bahawa benda-benda boleh dibuktikan melalui penggunaan
logik dan alasan (reason).
Pada asasnya, segala peraturan dalam Geometry
hari ini adalah berdasarkan tulisan Euclid, terutamanya 'The Elements'. The
Elements terdiri daripada cetakan berikut : Volumes 1-6: Plane Geometry,
Volumes 7-9: Number Theory, Volume 10: Eudoxus' Theory of Irrational
Numbers, Volumes 11-13: Solid Geometry The Elements juga mengandungi
permulaan bagi Teori Nombor. ‘The Euclidean algorithm’ yang selalunya dirujuk
sebagai ‘Euclid's algorithm’ digunakan untuk menentukan factor sepunya terbesar
(FSTB) bagi dua nombor integer. Ini adalah salah satu daripada algoritma yang
tertua , juga terkandung dalam Euclid's Elements.
Hari ini, kita masih mempunyai salinan
buku Euclid yang dimulakan dengan definisi asas tentang titik, garisan dan
bentuk-bentuk. Kemudiannya, beralih kepada penggunaan geometri untuk
membuktikan sesuatu. Buku Euclid seterusnya adalah mengenai matematik lanjutan,
berkenaan bagaimana segitiga dan bulatan dihasilkan, begitu juga tentang nombor
bukan nisbah dan geometri tiga-dimensi. Buku-buku Euclid terkenal disebabkan
mudah untuk dibaca dan difahami. Ianya digunakan sebagai buku rujukan utama
bagi matematik di semua sekolah di Eropah, Asia Barat dan Amerika selama dua
ribu tahun, sehingga ke abad 20.
3. Liu Hui ( 220 – 280 AD )
Liu Hui hidup semasa kerajaan Wei.
Tidak banyak perkara yang diketahui tentang Liu. Sejarah mencatatkan bahawa
beliau menulis komentar terhadap ‘Nine Chapters’ pada tahun keempat di era
Jingyuan di bawah pemerintahan Putera Chenliu, lebih kurang 263 AD. Ini
merupakan buku praktikal bagi matematik, bertujuan menyediakan kaedah-kaedah untuk
menyelesaikan masalah berkenaan kejuruteraan, soal selidik, urusan jual-beli
dan urusan cukai.
Liu Hui beranggapan bahawa kebanyakan
kaedah dalam teks asal adalah penghampiran (approximations), dan beliau
mengkaji sejauh mana tepatnya penghampiran tersebut. Ada yang mengatakan bahawa
beliau mencuba untuk memahami konsep berhubung dengan topik ‘differential and
integral calculus’.
4. Brahmagupta ( 598 – 670 AD )
Brahmagupta adalah seorang ahli
matematik yang sangat signifikan pada zaman India purba. Beliau memperkenalkan
konsep yang sangat berkesan tentang asas matematik, di mana kita menggunakan
sifar dalam pengiraan matematik, algoritma untuk punca kuasa dua, penyelesaian
bagi persamaan kuadratik dan penggunaan matematik dan algebra untuk bercerita
mengenai peristiwa astronomi dan jangkaan yang akan berlaku. Idea-idea beliau amat
berguna kepada perkembangan di Eropah.
Penulisan Brahmagupta banyak
mengandungi konsep matematik dan astronomi sehingga ke hari ini. Seorang
penulis pada zaman itu, Bhaksara II, menggelar Brahmagupta sebagai Ganita
Chakra Chudamani, yang bermaksud, "mutiara di kalangan ahli matematik”
(the gem in the circle of mathematicians).
5. Muhammad Bin Musa Al-Khwarizmi ( 780 – 850 AD )
Beliau merupakan ahli matematik,
astronomi dan ahli geografi yang dilahirkan di sebuah bandar kecil di Persia
sekitar tahun 770. Nama keluarga beliau adalah Khwarizm dan
merupakan keturunan
Magus, paderi Zoroaster. Walaupun sedikit yang kita ketahui tentang Al-Khwarizmi,
namun beliau adalah salah seorang yang sangat berpengaruh di kalangan ahli
matematik Arab.
Buku terkenal beliau adalah ‘Hisab
al-jabr w'al mugabalah’ di mana nama ‘algebra’ diperolehi. Tajuk itu
kemudiannya diterjemahkan yang membawa maksud "the science of reunion and
reduction." Perkataan tersebut merujuk kepada kajian sistematik mengenai persamaan
linear dan persamaan kuadratik. Buku inilah yang menjadi punca timbulnya cabang
ilmu algebra sekarang.
Hari ini, manusia menggunakan
algoritma untuk mengira hasiltambah dan pembahagian cara panjang, di mana
prinsip sebenarnya datang daripada teks yang ditulis oleh Al- Khawarizmi sejak
2000 tahun dahulu. Al-Khwarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan
nombor-nombor Arab kepada Negara Barat, yang kemudiannya membawa kepada
perkembangan sembilan angka Arab termasuk sifar. Al-Khwarizmi juga seorang ahli
astronomi yang menulis buku tentang astronomi dan jadual astronomi.
6. Blaise Pascal ( 1623 – 1662 )
Beliau dilahirkan di Clermont Ferrand,
Perancis pada 19 Jun 1623. Pada awal kerjayanya dia merumuskan salah satu
teorem asas untuk geometri unjuran, yang disebut teorem Pascal. Selain itu ia
merumuskan teori matematik kebarangkalian, yang masih digunakan dalam matematik
hari ini, jadual Aktuaria, teori fizik dan statistik sosial. Dalam hal
penemuan, beliau menghasilkan mesin mekanik pertama pada tahun 1642.
Sumbangan beliau terhadap Sains termasuklah
bukti eksperimen bahawa medan merkuri meningkat atau berkurang sesuai dengan
tekanan atmosfera sekitarnya. Kemudian,ahli fizik Torricelli Itali mengesahkan
pemerhatian Pascal itu. Pascal juga memberikan sumbangan terhadap pemahaman
kita tentang prinsip sains (hukum Pascal), yang menyatakan bahawa cecair
menekan sama (tekanan) ke semua arah. Blaise Pascal meninggal dunia di Perancis
pada 1662 pada usia 39.
7. Johann Friedrich Carl Gauss ( 1777 – 1855 )
Lahir pada 30 April 1777, Johann
adalah satu-satunya anak yang lahir bagi pasangan Gebhard Dietrich, seorang
pekerja dan peniaga, dengan Dorothea Benze Gauss, seorang pelayan. Seorang yang
bijak dalam aritmetik, ia menambah semua integer daripada satu hingga 100
dengan menambah mereka dalam pasangan. Beliau mengumpulkannya secara jumlah 101
dan beliau mendapati ada lima puluh set kesemuanya. dan menjumlahkan semua
menjadi 5050. Didapati formula Gauss adalah S = n (n +1) / 2 dan digunakan
semasa zaman Pythagoras.
Gauss menyumbang kepada dunia matematik
tulen dan matematik gunaan sehingga ke abad 20. Kajian beliau tentang algebra
dan geometri membawa kepada kemajuan teori kebarangkalian, topologi dan
analisis vektor. Di antara penemuan dan sumbangan beliau adalah mencipta alat
mengukur trigonometri, sebuah prototaip dari telegraf elektrik dan sebagainya.
Kegemarannya juga adalah terhadap kristalografi, optik, mekanik dan sebagainya.
8. Georg Cantor ( 1845 – 1918 )
Georg Ferdinand Ludwig Philipp Cantor
dilahirkan pada 3 Mac 1845, di St. Petersburg, Russia, merupakan anak pertama
kepada the Georg Woldemar Cantor dan Maria Böhm. Semasa masih muda, beliau
jelas menunjukkan bakat matematik. Beliau berhasrat untuk menjadi seorang ahli
matematik tetapi bapanya lebih suka beliau menjadi seorang jurutera.
Beliau menghadiri beberapa buah
sekolah kejuruteraan, termasuklah Gymnasium di Wiesbaden dan Kolej Teknikal di
Darmstadt pada tahun 1860. Cantor akhirnya menerima persetujuan ibu bapanya
untuk mempelajari matematik pada 1862. Georg Cantor menghasilkan banyak idea
yang mempengaruhi dunia matematik pada abad ke 20.
Di antara sumbangan hebat beliau adalah
memperkenalkan idea infiniti, sebuah inovasi yang meletakkan beliau sebagai
pengasas dan pencipta teori set. Sumbangan beliau dihargai penuh oleh ahli
matematik terkemuka, David Hilbert, yang mengatakan bahawa, "Cantor has
created a paradise from which no one shall expel us." Selain daripada sebagai
pengasas teori set, Cantor juga menyumbang kepada analisis klasik.
Dalam pada itu, beliau juga membuat
kerja-kerja inovasi terhadap nombor nyata dan merupakan orang pertama memberi
makna kepada nombor bukan nisbah menerusi susunan nombor-nombor nisbah.
No comments:
Post a Comment