2.0 Sejarah Matematik
Di dunia ini banyak sekali sejarah
dalam kehidupan kita. Salah satunya adalah ilmu matematik. Setiap budaya di
muka bumi ini mengamalkan matematik. Dalam kes-kes tertentu,matematik
disebarkan daripada satu budaya ke budaya yang lain. Matematik dikatakan bermula
di Mesir Purba dan Babylonia, kemudiannya berkembang ke Greece.
Penulisan matematik dalam Greek Purba
diterjemahkan kepada bahasa Arab. Pada masa yang sama, matematik di India
diterjemahkan kepada bahasa Arab. Kemudian, kebanyakan daripadanya diterjemahkan
kepada bahasa Latin dan digunapakai di Eropah Barat. Selepas beberapa ratus
tahun, matematik tersebut berkembang dan digunakan di seluruh dunia.
Negara China, Selatan India dan Jepun
juga mengamalkan matematik yang agak menarik untuk dikaji, tetapi ianya tidak
mendatangkan kesan yang signifikan terhadap matematik yang diamalkan sedunia
sekarang.
No comments:
Post a Comment